Selamat Datang ke Blog Rasmi Sambutan Hari Guru Peringkat Pahang tahun 2014


Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan. Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. SELAMAT HARI GURU

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • 1
Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 

  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambillangkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



Objektif Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri ke-43
  • Menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru dalam usaha mendidik bangsa.

  • Menyedari pendidik sebagai pemacu pendidikan negara.

  • Menjiwai bahawa jasa dan bakti guru mendidik anka bangsa serta memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha yang mulia.

1 comment: